fbpx

AEON Bank perkenal program kesetiaan interaktif perbankan digital pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neko Missions menawarkan pelbagai ganjaran buat pengguna AEON Bank menerusi kerjasama dengan rakan niaga.

PETALING JAYA – AEON Bank tampil sebagai perintis yang memperkenalkan program kesetiaan interaktif berasaskan gamifikasi yang pertama di Malaysia bagi sektor perbankan digital, menerusi ‘Neko Missions.’

Neko Missions direka khas untuk mempertingkatkan keterlibatan pelanggan serta menceriakan rutin perbankan digital mereka apabila melakukan transaksi harian.

Ciri terbaharu itu dibangunkan dengan sinergi bersama keseluruhan ekosistem Kumpulan AEON, termasuk kerjasama dengan rakan niaga seperti ZUS Coffee dan Tealive.

Usaha AEON Bank dalam mempromosikan transaksi tanpa tunai turut dioptimumkan dengan kolaborasi bersama PayNet menerusi program DuitNow QR x Neko Missions.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, perbankan digital berpotensi untuk menjadi lebih daripada sekadar alat pembayaran dan transaksi.

Ganjaran diberikan Neko Missions memberi keceriaan kepada rutin perbankan digital seharian.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perbankan digital dengan mengoptimumkannya sebagai platform interaksi antara pelanggan dan jenama F&B (makanan dan minuman) kegemaran mereka, serta pedagang runcit pilihan.

“Neko Missions diharapkan dapat menceriakan pengalaman membeli-belah harian para pelanggan, serta menjadikannya lebih dinamik.

“Kami akan terus memperkembangkan program kesetiaan tersebut dan melalui Neko Missions, AEON Bank akan meneroka kerjasama serta sinergi dengan lebih ramai rakan niaga dalam ekosistem kami, sambil memanfaatkan penawaran unik jenama masing-masing serta memaksimumkan afiniti pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Neko Missions membawa keterujaan dengan ganjaran menarik bagi setiap transaksi digital. Pengguna boleh mengumpul ‘Neko Paw’ melalui aplikasi AEON Bank dengan menekan ikon ‘Ganjaran’ dan melengkapkan Neko Missions.

Kini, Neko Missions menampilkan dua kolaborasi utama, iaitu bersama ZUS Coffee dan DuitNow QR oleh PayNet.

Diskaun RM10 di Zus Coffee antara ganjaran yang menanti pelanggan.

Dari sekarang hingga 31 Mac 2025, setiap transaksi Neko Missions x DuitNow QR bernilai RM20 dan ke atas melayakkan pelanggan mengumpul satu Neko Paw (maksimum dua sehari). Set lengkap 10 Neko Paw boleh ditebus dengan 1,000 Mata AEON (bersamaan RM5) menerusi aplikasi AEON Bank.

Sementara untuk Neko Missions x ZUS Coffee, dari sekarang hingga 31 Mei 2025, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk membayar di ZUS Coffee (minimum RM7) bagi mendapatkan satu Neko Paw.

Setelah mengumpul enam Neko Paw, ganjaran boleh ditebus melalui aplikasi ZUS Coffee.

Neko Missions seterusnya bakal menawarkan lebih banyak ganjaran menarik melalui kerjasama dengan rakan runcit seperti myAEON2Go, AEON Fantasy, Tealive, Sisters Crispy Popiah, dan banyak lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI