SEREMBAN – Seorang pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara tiga hari di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menampar seorang wanita yang juga adik bekas teman wanitanya di sebuah sekolah, lebih empat tahun lalu.
Majistret, Syed Farid Syed Ali membuat keputusan berkenaan terhadap orang kena saman (OKS), R. Vikneshwaran, 49, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.
Syed Farid turut menetapkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap OKS dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran berkenaan boleh dipenjara dua bulan.
Berdasarkan pertuduhan, OKS dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita yang kini berusia 34 tahun dengan cara memukul wanita tersebut di bahagian muka menggunakan tangan.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok pengawal sekolah di daerah ini kira-kira pukul 2.30 petang, 16 Oktober 2020.
Mengikut fakta kes, mangsa telah didatangani bekas teman lelaki kakaknya ketika bertugas di sekolah dan berlaku pergaduhan serta pergelutan.
OKS telah menumbuk muka mangsa di bahagian dahi serta perut susulan susulan mangsa tidak membenarkan OKS berjumpa dengan anak saudara mangsa selain mengganggu keluarga. – KOSMO! ONLINE