fbpx

Nenek 63 tahun gembira kahwin lelaki muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘nenek’ itu bersorak selepas calon suaminya melafazkan akad dengan sempurna. - TikTok

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 63 tahun tular selepas melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berumur 39 tahun, lapor portal berita NTV News semalam. 

Perbezaan usia kira-kira 24 tahun  tidak menghalang pasangan dari Indonesia itu untuk mendirikan rumah tangga. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @soloposofficial memaparkan pasangan pengantin duduk di hadapan wali semasa  akad nikah. 

Wanita itu bersorak sambil bertepuk tangan selepas calon suaminya melafazkan akad dengan sempurna. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 493,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Untung nenek, saya yang muda masih tidak laku,” kata seorang netizen. 

“Saya kalah dengan nenek,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI