fbpx

2 petinju MMA lelaki belasah 3 ‘influencer’ wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video menunjukkan petinju Sebastian Rechinu menghayunkan tumbukan ke arah pesohor wanita semasa pertarungan MMA di Romania kelmarin. – AGENSI 

HANOI – Satu pertarungan seni bela diri campuran (MMA) anjuran Real Xtreme Fighting (RXF) mencetuskan kontroversi selepas dua petinju profesional membelasah tiga pesohor media sosial wanita tanpa belas kasihan, lapor laman berita VNExpress hari ini.

RXF yang dikenali kerana menganjurkan pertarungan MMA di luar kebiasaan, mengadakan perlawanan serupa sebelum ini pada Jun 2024. Pertarungan itu menampilkan seorang lelaki memiliki berat badan 140 kilogram menentang dua wanita. Pertarungan singkat mereka berakhir dengan kemenangan lelaki tersebut.

Media Romania mendakwa bahawa kedua-dua wanita itu tidak mahu bertarung tetapi melakukannya juga demi wang.

Di sebalik kontroversi itu, RXF mengaturkan satu lagi perlawanan campuran gender kelmarin, kali ini mengetengahkan petinju MMA, Costica Prisecaru dan Sebastian Rechinu melawan tiga pesohor media sosial wanita iaitu Bonita, Denisa Costea serta Maria Adriana.

Ketiga-tiga wanita itu memakai topi keledar perlindungan kepala tetapi petinju lelaki tidak menggunakannya.

Selepas loceng berbunyi, kedua-dua petinju lelaki melancarkan serangan agresif dan mengasak lawan. Mereka melepaskan tumbukan berulang kali pada kepala dan tubuh lawan tanpa menahan diri, menyebabkan pengadil menamatkan perlawanan dalam masa beberapa saat sahaja.

Apabila pengadil mengisytiharkan Prisecaru dan Rechinu pemenang, seorang wanita yang tewas cuba menendang lawannya dengan perasaan kecewa. Seorang lagi pesohor media sosial wanita mengalami cedera di muka.

Perlawanan itu mencetuskan kemarahan di media sosial. Ramai netizen mempersoalkan bagaimana pertarungan itu mendapat kelulusan dan mengkritik RXF kerana mengetengahkan petinju profesional lelaki melawan wanita yang tiada pengalaman MMA. 

“Bagaimana perlawanan ini dibolehkan dari segi undang-undang,” kata seorang netizen.

“Siapa saja yang meluluskan perlawanan ini tidak boleh dibenarkan menganjurkan pertarungan lagi. Ini sungguh jelik,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI