fbpx

Biarpun bertindik, bertatu tapi masih jaga solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – ‘Jangan sangka buruk pada orang, belum tentu kamu lebih baik daripada gadis bertindik tadi.

Itu antara perkongsian oleh seorang wanita dikenali sebagai Faridah Mohd Ali selepas menyantuni seorang gadis menunaikan solat di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) di Gua Musang Kelantan baru-baru ini.

Sebelum kejadian kata wanita itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan telah singgah di R&R terbabit untuk menunaikan solat zuhur dan asar.

“Tiba-tiba ternampak ada seorang gadis, tidak bertudung, hidung bertindik, pakaian agak seksi dan ada tatu di bahagian lehernya. Saya nampak dia baru sudah mengambil wuduk.

“Wajahnya basah, sedang menunggu giliran menggunakan telekung. Saya lihat telekung yang disediakan pihak pengurusan semua sedang digunakan dan saya agak dia tidak membawa telekung sendiri,”tulisnya.

Wanita itu berkata, dia telah menawarkan telekung solat itu digunakan oleh gadis berkenaan sementara mengambil wuduk.

“Adik tunggu telekung nak solat ke? Ambillah telekung akak punya. Adik solat dulu. Sementara saya mengambil wuduk.

“Ya Allah kak, betul ke ni? Boleh ke kak? Akak tak geli ke jika saya dah pinjam nak pakai solat?,”soal gadis terbabit.

Lebih menggagumkan wanita itu, gadis terbabit telah memulakan ibadatnya dengan solat sunat, diikuti solat zuhur yang dijamak dengan asar dan berzikir.

“Kemudian baca doa, lama doanya dalam bahasa Arab. Selesai berdoa, dia buka telekung dan hulurkan pada saya. Sambil senyum, dia ucapkan terima kasih lagi sekali.

“Pengajaran untuk saya sendiri, supaya sentiasa memandang kebaikan orang. Tak kisah lah dia bertindik ke, pakaian masih tidak menutup aurat, ada tatu pada badannya. Tetapi masih berusaha menjaga solat, siap berzikir dan berdoa panjang.

“Tambah pula dengan solat sunat dan cukup beradab dengan saya. Beberapa kali dia meminta maaf kerana menggunakan telekung saya, siap tanya takut saya geli menggunakan telekung yang telah digunakannya. Dia sedar akan dirinya,”kata wanita itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI