fbpx

Kusta: 368 penduduk dua kampung jalani saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan wartawan Kosmo! ke KOA Guntur, baru-baru ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

SEREMBAN – Seramai 368 daripada 460 penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah telah menjalani saringan kesihatan bagi mengesan kes kusta sehingga 19 Februari lalu.

Exco Kanan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi berkata, situasi kusta di perkampungan itu adalah terkawal.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan dan tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan, tiada keperluan untuk mengadakan pengasingan atau kuarantin terhadap penduduk di kawasan terlibat.

“Setakat ini, sebanyak sembilan kes telah disahkan sejak usaha ini dimulakan pada Julai lalu. Semua pesakit telah menerima rawatan mengikut garis panduan perubatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kerajaan menyeru agar masyarakat tidak panik dan terus berikan kerjasama kepada pasukan kesihatan dan pihak berwajib dalam usaha pengesanan serta kawalan jangkitan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI