fbpx

Kalau boleh hari ini juga nak kahwin – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Eyka Farhana berharap segala urusan menjelang hari perkahwinannya dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid berjalan dengan lancar.

Sama seperti bakal pengantin lain, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, turut berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuknya ketika ini.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan nanti dan minta doa yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Ditanya tentang tarikh pernikahan, Eyka sempat berseloroh seboleh-bolehnya mahu bergelar seorang isteri hari ini.

“Kalau boleh hari ini juga nak kahwin,” katanya lagi.

Hari ini, Eyka mengundang perhatian ramai apabila muncul memakai selempang ‘bride to be’ atau bakal pengantin dalam sebuah video yang dimuat naik pengacara, Yaya Zahir.

Tidak keseorangan, difahamkan Eyka diraikan dalam sebuah parti bujang oleh rakan-rakannya seperti Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Yaya Zahir dan Mimi Lana di sebuah restoran mewah.

Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan sudah bergelar tunang kepada Akhyar.

Eyka berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.

Difahamkan, mereka susah bertunang pada Ogos tahun lu selepas tertulis tarikh 4 Ogos 2024 di atas kes pertunangan mereka.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI