fbpx

7 beregu lelaki negara layak All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik antara beregu lelaki menjadi sandaran negara pada saingan All England bulan depan.

PENAMPILAN Malaysia pada Kejohanan Badminton All England 2025 di Birmingham dari 11 hingga 16 Mac ini hadir dengan kelebihan tersendiri apabila tujuh beregu lelaki layak beraksi di pentas Super 1000 tersebut.

Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyifatkan kehadiran tujuh beregu lelaki dilihat sebagai satu kelebihan besar kerana ia adalah jumlah penyertaan terbesar Malaysia di kejohanan itu, malah mampu mengurangkan tekanan bersaing di pentas Super 1000 tersebut.

“Kita mempunyai tujuh beregu lelaki Malaysia yang akan beraksi di All England. Ini satu jumlah yang besar dan pastinya membantu pemain lebih bersedia.

“Dengan kehadiran ramai wakil negara, saya percaya mereka dapat melakukan persiapan menentang negara-negara lain,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam.

Empat daripada tujuh senarai itu merupakan wakil daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Chong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Baki tiga lagi beregu berstatus pemain profesional iaitu pasangan nombor dua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Bagaimanapun, Herry tidak dapat menyertai pasukan di Utilita Arena Birmingham itu nanti kerana masih belum memperoleh visa dengan tugas membimbing pemain akan diambil alih oleh jurulatih, Muhammad Miftakh.

Pengendali dari Indonesia itu juga optimis dengan peluang Aaron-Woon Yik beregu untuk menyerlah dalam misi menamatkan penantian 18 tahun bergelar juara beregu lelaki sejak kali terakhir Malaysia memenanginya melalui Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2007.

“Peluang itu selalu ada. Tapi saya rasa persiapan mereka masih belum mencapai tahap maksimum. Aaron dan Wooi Yik masih menyesuaikan diri dengan program-program latihan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI