fbpx

Anwar terus adakan Mesyuarat Jemaah Menteri selepas tiba dari Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Perdana Menteri di Facebook beliau, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri sejurus tiba dari Bahrain kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei yang bakal memeberi impak kepada negara dalam mesyuarat tersebut.

“Usai tiba dari Bahrain sekitar jam 5 pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi.

“Saya turut kongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan juga Brunei yang tentunya membawa impak kepada pengukuhan dan peningkatan kerjasama dan sinergi baharu, insya-Allah,” tulis beliau.

Semalam, Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri menjadi satu-satunya Ketua Kerajaan yang diberikan penghormatan menyampaikan ucapan pada sesi utama Persidangan Dialog Intra-Islam (IIDC) di hadapan Imam Besar Al Azhar Al Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayyeb serta lebih 400 ulama dan cendekiawan Islam di seluruh dunia.

Bagi lawatan ke Brunei pula, Anwar menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman bagi membincangkan beberapa perkara termasuk krisis Myanmar, pertikaian Laut China Selatan dan perdagangan intra-ASEAN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI