fbpx

EPL: Peluang Arsenal himpit Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NWANERI (kiri) dan Merino bakal memainkan peranan penting menentang West Ham malam ini. - ARSENAL FC

LONDON – Bintang muda Arsenal, Ethan Nwaneri menjadi sandaran terbaik pasukan itu untuk mencatat kemenangan keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi derbi London menentang West Ham United di Stadium Emirates malam ini.

Bukan itu sahaja, kemenangan ke atas West Ham amat penting buat Arsenal untuk terus menghimpit pendahulu EPL, Liverpool yang kini berkelebihan lapan mata ke atas mereka di tempat kedua.

Walaupun baru berusia 17 tahun tetapi Nwaneri menunjukkan aksi matang dengan tujuh gol daripada 24 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Ia termasuk satu gol menewaskan Manchester City 5-1 pada 3 Februari lepas selain dia turut mencipta satu bantuan jaringan sewaktu menang 2-0 ke atas Leicester City minggu lalu.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya pemain tengah menyerang bawah 19 tahun England itu mempunyai masa depan cerah seperti pernah ditunjukkan oleh Cesc Fabregas dan Jack Wilshere sebelum ini.

“Nwaneri lebih kepada pencipta bola akhir menerusi gelecekan dan kualiti hantarannya. Apabila saya melihat dia bermain, sukar untuk saya menerima hakikat bahawa dia baru berusia 17 tahun.

“Ini adalah petanda seseorang dengan bakat yang cukup istimewa. Jujurnya saya dapat rasakan dia sudah bersedia (menjadi tunjang Arsenal),” kata Wenger.

Selain Nwaneri, pengurus Arsenal, Mikel Arteta juga dijangka menurunkan pemain tengah bertahan, Mikel Merino sekali lagi di posisi No. 9 seperti dilakukannya ketika meledak dua gol menewaskan Leicester. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI