fbpx

Zaqhwan, Damok semangat hadapi WSBK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQHWAN akan turun membuat debut WorldSBK menjelang perlumbaan pertama di Australia hujung minggu ini. - PETRONAS MIE HONDA RACING TEAM

DUA pelumba berbakat negara, Zaqhwan Zaidi dan Syarifuddin Azman bersedia menggalas cabaran pada Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) 2025 bersama Petronas MIE Racing Honda Team.

Zaqhwan yang mempunyai pengalaman di pentas Kejuaraan Asia, akan membuat debut dalam kategori WorldSBK dengan jentera Honda CBR1000RR-R.

Menyedari cabaran besar menanti, Zaqhwan optimis untuk menyesuaikan diri dengan saingan lebih kompetitif pada perlumbaan pembuka tirai musim 2025 berlangsung di Litar Phillip Island, Australia hujung minggu ini.

“Berlumba di WorldSBK adalah impian menjadi kenyataan. Saya tahu persaingan sangat tinggi, tetapi saya akan belajar secepat mungkin dan berusaha memberikan yang terbaik.

“Cabaran baharu bermula di WorldSBK hujung minggu ini dan saya bersedia menguji had saya. Terima kasih kepada Boon Siew Honda Malaysia dan Petronas MIE Honda Racing Team atas sokongan serta peluang ini,” kata Zaqhwan.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok akan bersaing dalam kategori WorldSSP dengan jentera Honda CBR600RR.

Berbekalkan pengalaman luas dalam Moto3 dan Kejuaraan Asia, Damok tekad memberikan yang terbaik untuk membanggakan negara.

“Ini adalah peluang yang sangat besar dan saya amat teruja untuk berlumba di peringkat dunia. Saya akan memanfaatkan setiap perlumbaan untuk menimba pengalaman serta meningkatkan prestasi demi membanggakan Malaysia,” katanya.

Selepas Australia, kedua-dua pelumba negara akan mengalihkan tumpuan bersaing pusingan kedua di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal pada 29 Mac nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI