fbpx

Penyertaan Astindo Fair 2025 kukuh jenama Malaysia Airlines di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyertaan Astindo Fair 2025 kukuh jenama Malaysia Airlines di Indonesia.

PETALING JAYA – Penyertaan Malaysia Airlines di Astindo Travel Fair 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia dapat memperkukuhkan jenama syarikat penerbangan negara di republik berkenaan.

Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula semalam menawarkan pelbagai ‘booth’ jualan menarik kepada pengunjung termasuk kehadiran gergasi bola sepak eropah, Manchester United.

Sempena pameran itu juga, Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun tambang sehingga 30 peratus untuk penerbangan ke destinasi tumpuan antaranya Kuala Lumpur, Bangkok, Seoul, Osaka serta Paris.

Bagaimanapun, pelanggan yang ingin menikmati diskaun terbabit perlu membuat tempahan bermula 17 Februari sehingga 2 Mac ini menerusi laman sesawang rasmi MAS serta boleh menempah semasa pameran itu berlangsung.

Tempahan tersebut hanya sah untuk perjalanan bermula 20 Februari sehingga 30 November 2025.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Izham Ismail, Indonesia merupakan pasaran utama bagi syarikat penerbangan itu.

Jelasnya, kehadiran ke pameran berkenaan bukan sahaja sebagai komitmen syarikat di republik itu, tetapi untuk memberikan pengalaman perjalanan luar biasa kepada pelanggan tanpa batas.

“Astindo Travel Fair 2025 merupakan wadah yang ideal bukan sahaja mempamerkan destinasi yang menakjubkan, tetapi juga keselesaan dalam penerbangan luar biasa seperti yang selalu kami sebut sebagai Malaysian Hospitality.

“Kami sedaya upaya memastikan setiap perjalanan dengan Malaysia Airlines sama berkesannya dengan destinasi itu sendiri dan kami berharap dapat menyambut lebih banyak penumpang untuk pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI