fbpx

Amira Othman, ibu Fattah Amin hadiri majlis ilmu bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidak kurang juga yang menganggap kehadiran dua wanita terbabit dalam majlis sama sebagai petanda positif.

PETALING JAYA – Menghadiri majlis ilmu bersama ibu pelakon Fattah Amin, keakraban aktres Amira Othman bersama insan kesayangan lelaki yang digosipkan dengannya semakin menghangatkan spekulasi netizen.

Dalam klip tular menerusi TikTok, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, yang manis mengenakan baju kelabu muda tersenyum memandang wanita terbabit, Azizah Abdul Ghani.

Momen tersebut mencuri perhatian ramai yang tidak henti-henti mengaitkan hubungan Amira dengan aktor Hero Seorang Cinderella itu.

“Amira dan mak Fattah dah macam bakal menantu dan mentua,” usik seorang netizen.

“Kalau betul mereka ada hubungan, memang pasangan paling ideal,” komen pengguna lain.

Tidak kurang juga yang menganggap kehadiran dua wanita terbabit dalam majlis sama sebagai petanda positif.

“Tak mustahil mereka berjodoh. Sama-sama hadir majlis ilmu, cantik sangat permulaan ini,” kata seorang lagi netizen.

Nama Amira dan Fattah terus menjadi perhatian selepas aktor tersebut terlibat dalam projek lagu terbaharu Amira, Bila Nak Kahwin.

Bagaimanapun, Amira menafikan dakwaan dia menjaling sebarang hubungan istimewa, sebaliknya menjelaskan mereka hanya rakan dalam industri hiburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI