fbpx

Hasrat beregu negara tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN negara terpaksa berpuas hati mengakhiri cabaran Toyata Terbuka Thailand selaku naib juara dalam acara beregu lelaki semalam.

HASRAT beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul gelaran pertama tahun ini berkecai apabila tewas pada perlawanan akhir kejohanan badminton Toyota Terbuka Thailand semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, naib juara All England 2019 itu tewas 21-13, 21-18 kepada beregu No.7 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Bagaimanapun, pencapaian itu masih boleh dibanggakan memandangkan Aaron-Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan Yonex Terbuka Thailand minggu lalu.

Aaron tanpa berselindung mengakui dia banyak melakukan kesilapan mudah pada perlawanan tersebut sehingga membuka ruang pemain lawan melakukan serangan.

“Agak kecewa kerana tidak dapat muncul juara pada kejohanan kali ini tetapi kami sudah cuba berikan aksi terbaik. Saya fikir saya banyak buat kesilapan mudah pada hari ini (semalam).

“Pemain lawan sudah dapat membaca permainan kami se­awal set pertama dan ia membuatkan kami sukar bermain seperti biasa. Mereka juga bermain sangat bagus menerusi serangan-serangan yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu menegaskan, mereka kini mahu mengalih sepenuh perhatian terhadap saingan Jelajah Dunia Akhir yang berlangsung di venue sama bermula Rabu ini.

“Kami ada satu lagi kejohanan di sini, iaitu Jelajah Dunia Akhir. Kami perlu tampil lebih fokus dan bersedia jika mahu mencatat keputusan lebih baik pada kejohanan itu nanti,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik layak beraksi pada Jelajah Dunia Akhir selepas menghuni ranking ketujuh saingan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI