fbpx

Tukang cuci Indonesia puasa dalam penjara gagal bayar denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang tukang cuci warga Indonesia terpaksa berpuasa dalam Penjara Wanita Kajang selepas gagal membayar denda RM2, 000 dikenakan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Siti Fatuyah,60, dijatuhi hukuman oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kad dokumen pengenalan diri sementara milik orang lain.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Siti Fatuyah didakwa tanpa kuasa atau sebab munasabah telah memiliki dokumen pengenalan sementara bertaraf warganegara atas nama seorang wanita yang bukan miliknya.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter 1 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor pada pukul 1.30 tengah hari, semalam.

Sabit kesalahan boleh penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20, 000 atau kedua-duanya sekali mengikut Peraturan 25(1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Berdasarkan fakta kes, kedua-kedua cap ibu jari tertuduh dengan menggunakan kad pengenalan yang digunakan telah gagal ditemui dengan rekod JPN.

Malah, terdapat juga perbezaan irasan wajah yang ketara tertuduh dengan pemilik sebenar kad berkenaan.

Siti Fatuyah yang tidak diwakili peguam merayu agak hukumannya diringankan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa JPN, Mohd. Saudi Yusof memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran mangambil kira kekerapan kes tersebut.

“Tertuduh telah menggunakan dokumen kad pengenalan sementara yang bukan miliknya selama sebulan semata-mata untuk tujuan kerja sebagai tukang cuci,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI