fbpx

Benitez kembali semula ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENITEZ menamatkan kontraknya bersama Dalian atas alasan peribadi dan kembali semula ke Eropah. – AFP

BEIJING – Khidmat pengendali berpengaruh kelahiran Sepanyol, Rafael Benitez kembali menjadi buruan kelab ternama Eropah selepas menamatkan kontrak­nya bersama pasukan Liga Super China, Dalian Professional atas alasan peribadi.

Sebagai rekod, Benitez telah berhijrah ke pasukan berpangkalan di Beijing itu pada 2019 selepas kontraknya tidak disambung oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Kata Benitez, keputusan untuk menamatkan kontrak bersama Dalian adalah kerana mahu bersama keluarganya di Eropah yang kini terkesan teruk ekoran penularan pandemik Covid-19 yang telah memasuki gelombang ketiga.

“Semua orang tahu isu global yang melanda sejak awal tahun lalu dengan kehadiran pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan perancangan jangka panjang untuk pasukan.

“Susulan itu, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi jurulatih Dalian Professional dan sangat berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh pihak pengurusan sepanjang hampir dua tahun bersama pasukan ini.

“Punca keputusan ini diambil adalah disebabkan wabak Covid-19. Justeru, sekarang adalah masa untuk saya memberikan komitmen serta tumpuan buat keluarga dan saya ucapkan selamat maju jaya buat pasukan ini untuk masa depan,” kata Benitez.

Bagaimanapun, Benitez dijangka tidak akan menjadi ‘penganggur’ untuk tempoh yang lama kerana khidmatnya menjadi buruan kelab di Eropah.

Antara yang dilaporkan berminat adalah Newcastle dan Chelsea selain Celtic turut menagih pengalaman Benitez. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI