fbpx

Abe basikal dapat rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli Bakar (tengah) ceria menerima rumah baharu sumbangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Nasib seorang warga emas yang hidup sebatang kara di sebuah rumah daif di Kampung Jeram Tekoh di sini mendapat perhatian apabila mendapat bantuan sebuah rumah baharu.

Rosli Bakar, 64, mendapat rumah baharu hasil sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang dibina secara gotong-royong sejak dua minggu lalu.

Menurut Rosli, dia mengutip tin terbuang untuk mencari rezeki dengan mengayuh basikal sejauh 15 kilometer setiap hari.

Katanya, pendapatan yang diperoleh sekitar antara RM5 hingga RM10 hasil menjual tin air terbuang setiap hari.

“Saya bersyukur dapat berpindah ke rumah baharu yang jauh lebih selesa berbanding rumah lama.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ab. Aziz yang menyumbangkan pelbagai kelengkapan seperti perabut dan peralatan untuk menyiapkan rumah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Azmawi Fikri Abd. Ghani dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Norfadzlete Aryani Mat Rosli.

Sementara itu, Ab. Aziz berkata, pelbagai pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membantu membina rumah untuk Rosli.

Katanya, dia simpati dengan nasib Rosli atau dikenali sebagai Abe Basikal yang tinggal sebatang kara di rumah daif itu selepas berpisah dengan isterinya sejak 30 tahun lalu.

“Kos membina rumah baharu ini adalah RM7,000. Pihak kami merancang untuk membina beberapa lagi buah rumah untuk keluarga daif di kawasan ini.

“Kita akan melihat kepada keperluan, jika bilangan ahli keluarga tidak ramai kita akan bina secara gotong-royong. Tetapi jika ramai kita serahkan kepada agensi kerajaan untuk membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI