fbpx

Penunggang motosikal maut dilanggar, digilis kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut ditempat kejadian akibat cedera parah. Foto ihsan PDRM

SUNGAI BULOH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebelum digilis beberapa kenderaan setelah tercampak di Jalan Subang-Sungai Buloh di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan nahas berdekatan sebuah stesen minyak Kampung Baru itu pada pukul 6.15 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas semasa menunggang motosikal seorang diri menghala ke rumah di Manjalara, Kuala Lumpur dari Kota Damansara.

“Mangsa tercampak ke atas jalan dan dilanggar beberapa buah kenderaan menyebabkan dia cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-394 0423 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerusi  03-61561222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI