fbpx

Peluang perlindungan Takaful TH Khairat sehingga RM48,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit mendapatkan perlindungan takaful berganda sehingga RM48,000 melalui pendaftaran dua sijil perlindungan TH Khairat dengan setiap pengendali takaful yang dilantik.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, sebelum ini pendeposit TH hanya boleh mendaftar satu sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT).

Menurutnya, bermula esok, pendeposit boleh mendaftar dua sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful yang membolehkan seorang pendeposit
memiliki sehingga empat sijil perlindungan.

“Bayaran langganan kekal pada RM28 setahun bagi setiap satu sijil yang didaftarkan dengan manfaat perlindungan RM12,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

“Penerima manfaat layak membuat tuntutan sehingga RM48,000 sekiranya pendeposit memiliki empat sijil perlindungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bermula tahun ini juga, jemaah haji yang memiliki sijil TH Khairat akan dilindungi dua kali ganda daripada jumlah manfaat asal iaitu daripada RM12,000 menjadi RM24,000 sekiranya berlaku kematian ketika menunaikan haji di Tanah Suci tanpa sebarang bayaran tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI