fbpx

Tiga pembalak haram dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan sekitar Saratok.

KUCHING – Tiga lelaki tempatan ditahan kerana menjalankan kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan sekitar Saratok.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak Dr Che Ghazali Che Awang berkata kesemua suspek berusia antara 36 hingga 56 tahun itu ditangkap dalam serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 23 PGA, Sri Aman kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 85 batang kayu balak pelbagai jenis dalam kawasan tersebut.

“Turut dirampas enam buah kenderaan pelbagai jenis, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM3,223,000 (mengikut harga pasaran),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Sri Aman untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Kesalahan Ordinan Jabatan Hutan Sarawak 2015.

Sementara dalam kes berasingan, Che Ghazali berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 23 hingga 55 tahun menerusi serbuan, semalam ke atas dua premis di Padawan dan Kota Samarahan yang disyaki dijadikan tempat menyimpan dan mengimport produk ternakan sejuk beku tanpa permit yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 36,178 kilogram daging ayam dan lembu sejuk beku di dalam premis tersebut.

“Turut dirampas dua buah kontena dan tiga buah kenderaan pelbagai jenis, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,602,500 (mengikut harga pasaran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI