fbpx

Krisis terburuk dalam sejarah City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terpaksa menerima hakikat perjuangan mereka di pentas Eropah musim ini terhenti di peringkat playoff. - AFP

MADRID – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akhirnya mengibarkan bendera putih selepas mendakwa kelabnya kini mengharungi krisis terburuk selepas tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Sebagai rekod, misi City untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas 3-6 secara agregat kepada Real Madrid selepas juara bertahan itu melakar kemenangan 3-1 pada aksi playoff kedua di Santiago Bernabeu semalam.

Keputusan itu menyaksikan Guardiola gagal membantu City mara ke kelompok 16 pasukan terbaik buat kali pertama sejak menjadi pengendali The Citizens pada tahun 2016.

Ini juga menjadi kekalahan ke-13 City dalam semua kejohanan musim ini yang mana ia adalah rekod terburuk Guardiola bersama mana-mana kelab dalam karier kejurulatihannya.

“Jelas sekali pasukan yang lebih baik layak untuk mara ke pusingan seterusnya. Kami beraksi dengan teruk sepanjang musim ini, menamatkan saingan liga (UCL) di kedudukan ke-22 dan inilah tahun terburuk buat pasukan.

“Kemudian, nasib pula tidak menyebelahi pasukan apabila diundi bertemu Real yang saya anggap pasukan terbaik ketika ini. Mereka cukup sempurna tidak kira ketika bertahan atau menguasai bola,” katanya.

Sementara itu, Guardiola berazam untuk membentuk generasi baharu City pada masa akan datang memandangkan barisan pemain sedia ada sudah berusia dan melepasi era kegemilangan mereka.

“Ini adalah perkara normal kerana tiada apa yang kekal. Pasukan sebelum ini telah beraksi dengan sempurna kerana berjaya menang enam Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh tujuh tahun dan itu adalah rekod yang luar biasa.

“Di pentas Eropah pula kita sentiasa mara ke saingan suku akhir, separuh akhir selain final dan mereka jelas cukup konsisten sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI