fbpx

Luruan monsun: 4 negeri dijangka hujan berterusan hingga Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu serta pedalaman Perak dan Kedah berpotensi mengalami hujan berterusan dalam pada Sabtu hingga Selasa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ia susulan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada tempoh berkenaan.

“MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI