PETALING JAYA – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu mengharungi laluan berliku selepas kelab China, Shandong Taishan menarik diri daripada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Keputusan tersebut menyaksikan JDT kini menduduki tangga ketiga Zon Timur dan bakal berdepan pasukan seteru Asia Tenggara yang beraksi di Liga Thailand, Buriram United.
Situasi itu desebabkan semua perlawanan membabitkan Shandong Taishan dibatalkan termasuklah pungutan mata dan jaringan turut tidak dikira bagi kedudukan terakhir liga zon timur sekali gus menyaksikan JDT berada di belakang Yokohama F. Marinos dan Kawasaki Frontale.
Perlawanan pertama pusingan 16 dijadualkan berlangsung bermula 4 atau 5 Mac depan manakala aksi timbal balik bakal diadakan seminggu kemudian iaitu pada 11 atau 12 Mac. – KOSMO! ONLINE
AKSI 16 TERBAIK ACLE
Al Rayyan lwn Al Ahli
Pakhtakot lwn Al Hilal
Al Wasl lwn Al Sadd
Esteghlal FC lwn Al Nassr
Shanghai Port lwn Yokohama F. Marinos
Shanghai Shenhua lwn Kawasaki Frontale
Buriram United lwn JDT
Vissel Kobe lwn Gwangju