fbpx

‘Kami tak pandai romantik, banyak belajar daripada kesilapan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH tenang tanpa menjaja kebahagiaannya dalam laman sosial.

PETALING JAYA – Bahagia cara sendiri, penyanyi Datin Alyah mendedahkan perkahwinannya dengan maestro muzik Datuk Ramli MS bukanlah kisah penuh romantis seperti pasangan lain, namun sarat pengajaran dan kesyukuran.

Malah, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 45, mengakui sifat serius suaminya tidak pernah menjadi penghalang kepada kebahagiaan mereka.

“Kami tak pandai romantik, tapi banyak belajar dari kesilapan lalu,” katanya dalam TikTok.

Tambah pelantun lagu Kisah Hati itu, setiap yang berlaku dalam hidupnya adalah takdir Allah SWT, sama ada baik mahupun buruk.

“Syukur padamu Ya Allah. Tidak pernah ada yang kebetulan di dunia ini, semua yang datang adalah takdir

“Yang baik melatih kita untuk bersyukur, yang buruk mengajar kita bersabar.

“Bahagia itu bukan saat semua keinginan kita terwujud, tetapi ketika kita percaya kehendak Allah adalah yang terbaik,” luahnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan kebijaksanaan Alyah dalam menguruskan hubungan perkahwinannya.

“Kebahagiaan bukan tentang romantis semata-mata, tapi bagaimana kita saling menyokong antara satu sama lain,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Tok Ram nampak tegas, tapi saya yakin dia penyayang dan ada cara tersendiri untuk tunjukkan kasih sayang,” komen seorang lagi.

Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram pada 2013.

Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, mereka memilih untuk mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

Sementara itu, Ramli yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik Jennifer Thompson dikurniakan dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Setiap perkahwinan pastinya memiliki warna tersendiri, dan pasangan Alyah dan Tok Ram membuktikan kebahagiaan tidak memerlukan definisi konvensional untuk kekal bermakna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI