fbpx

Puspakom perkukuh kedudukan, terima ISO 22301:2019 BCMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri pemeriksaan kenderaan dengan memperoleh persijilan ISO 22301:2019 untuk Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS).

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, pensijilan ISO 22301:2019 yang diperoleh daripada SIRIM QAS International menunjukkan kesediaan Puspakom dalam menghadapi sebarang gangguan atau bencana yang tidak dijangka untuk meneruskan operasi.

“Puspakom merupakan syarikat pertama dalam Kumpulan DRB-HICOM yang memperoleh pensijilan ini dan merupakan pensijilan ISO keenam yang diterima syarikat tersebut.

“Kejayaan ini penting demi memastikan kelangsungan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pensijilan itu adalah komitmen Puspakom kepada pelanggan yang menunjukkan bahawa
pihaknya sentiasa bersedia menghadapi kejadian tidak dijangka, termasuk bencana alam.

“Sistem ini memastikan operasi dilindungi dan pemulihan pantas,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mahmood berkata, pada bulan Julai tahun lalu, Puspakom turut telah melaksanakan sistem e-Invois lebih awal dari tarikh peluncuran nasional, iaitu pada 1 Ogos 2024.

“Pelaksanaan e-Invois oleh Puspakom pada 25 Julai 2024 ini membuktikan komitmen Puspakom
untuk memastikan urus niaga yang efisien dan telus kepada pelanggan.

“Pelaksanaan sistem e-Invois lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mencerminkan komitmen Puspakom dalam memastikan urus niaga yang lebih telus, efisien, dan berintegriti,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu sejajar dengan usaha Puspakom untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan serta mematuhi standard perniagaan yang terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI