PUTRAJAYA – Sebanyak 3,346 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 183,801 kes.
Angka kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,427 kes sekali gus lebih tinggi daripada kes baharu dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 141,446 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,339 kes adalah penularan tempatan.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,677 kes.
“Terdapat 11 kes kematian dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 678 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 265 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE