fbpx

Pembinaan sekolah 17 tingkat ikut kesesuaian – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA bergambar dengan pelajar pada Majlis Peluncuran dan Karnival Generasi Madani Kementerian Pendidikan Tahun 2025 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini, hari ini. - UTUSAN /MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melihat kesesuaian pembinaan sekolah berkapasiti sehingga 17 tingkat yang perlu mengambil kira soal keselamatan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sebenarnya sekolah bertingkat telah dilaksanakan di peringkat KPM di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

“Ada beberapa sekolah yang dibina secara bertingkat, paling tinggi 10 tingkat dan memang sudah ada di WP. Setakat ini sekolah paling tinggi di kawasan Wilayah Persekutuan (WP) ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sentosa.

“Tidak ada masalah sebenarnya kerana kita memahami isu-isu berkait rapat di peringkat WP dan sekolah bertingkat ini bukan satu perkara baharu dilaksanakan.

“Yang lain kita kena tengok dari semasa ke semasa berkaitan kesesuaian untuk anak-anak dan keselamatan,” katanya ketika sidang media di Majlis Peluncuran dan Karnival Generasi Madani Kementerian Pendidikan Tahun 2025 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini, hari ini.

Mengulas isu kepadatan kelas, Fadhlina berkata, KPM telah menangani sebahagian sekolah yang mempunyai isu kepadatan tinggi khususnya di Selangor dengan mensyorkan pembinaan kelas kabin dengan model Sistem Bina Berindustri (IBS).

“Ia sebenarnya sangat memberi kesan kesan kondusif untuk suasana pembelajaran dan mampu menangani masalah jangka pendek berkaitan kepadatan kelas,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI