fbpx

Sivasangari kini ranking No. 7 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN menjuarai Piala Cincinnati Gaynor bulan lalu menjadi faktor utama Sivasangari melonjak ke ranking No. 7 dunia.

BINTANG skuasy negara, S. Sivasangari terus melakar sensasi tersendiri apabila melonjak ke kedudukan ketujuh dunia iaitu ranking terbaik dalam kariernya setakat ini.

Pengumuman rasmi ranking dunia kelmarin mengesahkan peningkatan satu anak tangga buat pemain berusia 25 tahun itu selepas hanya seminggu dia menduduki ranking kelapan dunia.

Momentum cemerlang Sivasangari semakin kukuh selepas kejayaannya menjuarai Piala Cincinnati Gaynor pada 9 Februari lalu yang menjadi faktor utama peningkatan kedudukannya dalam senarai pemain terbaik dunia.

Mengulas mengenai pencapaiannya, Sivasangari meluahkan rasa syukur dan bertekad untuk terus memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia.

“Saya gembira mencapai ranking tertinggi setakat ini. Segala kerja keras akhirnya membuahkan hasil. Saya harap dapat terus mendaki ranking dunia dan bermain dengan lebih baik,” katanya.

Dengan pencapaian itu, Sivasangari kini menjadi pemain wanita Malaysia ketiga dengan ranking tertinggi dalam sejarah, selepas legenda, Nicol David yang pernah mendominasi nombor satu dunia dan Low Wee Wern di tempat kelima dunia.

Lebih manis, peningkatan itu memberikan kelebihan besar buat Sivasangari dalam kejohanan pada April nanti kerana status pemain pilihan membolehkannya mengelak pertembungan awal dengan ranking pertama dan kedua dunia.

Juara Asia itu kini memburu lebih banyak kejayaan dalam usahanya memburu podium di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dengan kejohanan seterusnya dijadualkan di Terbuka New Zealand dan Terbuka Australia bulan depan.

Berdasarkan prestasi semasa, Sivasangari semakin hampir untuk menjadi pencabar utama dalam kancah skuasy dunia sekali gus mengangkat kembali nama Malaysia dalam sukan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI