fbpx

140 gelandangan diselamatkan DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai DBKL menemui gelandangan di sekitar ibu kota malam semalam.

PETALING JAYA – Seramai 140 orang gelandangan telah diselamatkan menerusi satu operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi terlibat malam semalam.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, gelandangan yang diselamatkan itu ditempatkan di Pusat Sementara Gelandangan (PSG).

“Sebagai langkah keselamatan, mereka disaring dalam beberapa peringat terlebih dahulu mengikut tahap kesihatan sebelum dihantar ke PSG yang bersesuaian.

“Terdapat dua PSG yang menempatkan golongan ini iaitu di PSG Sentul Perdana dan PSG Setiawangsa,” katanya di laman Facebook hari ini.

DBKL berkata, operasi yang dijalankan tersebut adalah selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 oleh kerajaan dan akan berakhir 4 Februari depan.

Sementara itu, menurut DBKL, mereka dijangka akan ditempatkan di PSG tersebut sehingga penghujung bulan hadapan.

“Pada awal Mac nanti, mereka akan dibawa ke Pusat Transformasi Gelandangan di Taman Desa iaitu tapak bekas Desa Water Park, yang mana mereka akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan.

“Di sini, mereka akan diberi latihan kemahiran agar mudah bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang tetap bagi menyara hidup. Antara latihan yang dirancang adalah menjalankan pertanian bandar dan kemahiran lain yang bersesuaian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI