fbpx

10 pelanggan pasar raya disembur minyak cili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya Costco di Avonmouth, Bristol. - The Sun UK

LONDON – Seorang remaja lelaki ditahan selepas menyembur minyak cili kepada orang ramai di sebuah pasar raya Costco di England, lapor akhbar Metro UK. 

Polis bergegas ke Avonmouth, Bristol selepas menerima laporan berhubung serangan rambang sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan). 

“Remaja berkenaan ditahan kerana sengaja mencetuskan kecederaan parah dan menghasilkan bahan berbahaya. 

“Seramai 10 orang termasuk suspek dilaporkan mengalami kulit gatal dan mata pedih. Mereka dirawat di tempat kejadian. 

“Pasar raya itu ditutup sementara polis melakukan siasatan,” kata polis tempatan. 

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Avon berkata, cecair itu dikenal pasti sebagai minyak cili buatan sendiri tanpa bahan asid atau alkali kuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI