fbpx

Bapa tampar jururawat larang anak lawat nenek sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menampar salah seorang jururawat di Hospital Rayong pada Ahad lalu. - Facebook

BANGKOK – Sebuah hospital di wilayah Rayong, Thailand memfailkan pendakwaan terhadap seorang lelaki yang menampar jururawat selepas melarang anak perempuannya masuk ke unit rawatan rapi (ICU), lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan) di Muang pada Ahad lalu. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki itu berbual dengan beberapa jururawat sebelum menampar salah seorang daripada mereka sebanyak dua kali. 

“Dia mahu anak perempuannya masuk ke ICU untuk berjumpa dengan nenek kanak-kanak itu yang dijangkiti influenza A. 

“Jururawat tersebut menghalang mereka kerana dianggap bahaya bagi kesihatan kanak-kanak tersebut.

“Kami telah memfailkan aduan kepada Polis Muang Rayong dan meneruskan pendakwaan terhadap pelaku,” kata hospital berkenaan menerusi catatan di laman Facebook. 

Polis Muang Rayong berkata: “Suspek datang ke balai dan membuat pengakuan. Dia berdepan tindakan undang-undang.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI