fbpx

Wabak Kusta: Dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Dua perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah iaitu Kampung Chergun dan Guntur dikuarantin serta merta selepas terdapat satu kes kematian akibat penyakit kusta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kes kematian membabitkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di Kampung Chergun yang sudah mengalami demam selama seminggu.

Menurutnya, secara keseluruhannya, terdapat sembilan penduduk antara tujuh hingga berusia 85 tahun dengan masing-masing lima orang dari Kampung Chergun dan empat lagi dari Guntur telah disahkan mengidap sakit kusta pada 2 Januari lalu.

“Kita minta juga Jeram Tengkek yang terletak berhampiran perkampungan itu ditutup sementara waktu untuk melihat perkembangan kes kusta ini. Penyakit ini boleh merebak dan kita fikir langkah mencegah lebih baik.

“Penyakit ini sudah lama tiada dan kita sebolehnya kena kawal (kuarantin) dahulu termasuk kawasan berhampiran. Kita mahu elak orang ramai menghampiri kawasan wabak,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi berkata, buat masa ini, perkampungan berkenaan kini tidak boleh dikunjungi mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI