KUALA TERENGGANU – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menolak kemungkinan akan bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden dalam pemilihan parti tersebut pada bulan September depan.
Menteri Besar Terengganu itu menganggap dirinya masih belum mampu menggalas tanggungjawab berat kedua-dua posisi utama parti tersebut.
“Manalah saya layak (jadi Presiden atau Timbalan Presiden Pas, saya ini (sebagai naib presiden) pun begitu berat.
“Tentulah (jawatan) lebih berat daripada itu, saya tidak pernah terpikir dan tidak berada dalam jangkauan (akal fikiran),” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri juga masih mempertimbang untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas bergantung kepada pencalonan diterimanya kelak. – KOSMO! ONLINE