fbpx

[VIDEO] ‘Kami kutip sebab tauke sudah izin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengutip sebahagian telur ayam yang tercampak dari lori terlibat dalam kemalangan di KM 293.8, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Chukai, Kemaman.

KEMAMAN – Laluan di Kilometer 293.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 selepas susur keluar Plaza Tol Chukai di sini sesak pagi tadi apabila orang ramai mengutip telur ayam selepas lori membawa barangan itu terbalik.

Dalam kemalangan pukul 5.30 pagi itu, pemandu dan kelindan lori berusia 40 dan 25 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai orang membawa bakul untuk mengutip telur ayam yang bertaburan atas lebuh raya walaupun kebanyakannya sudah pecah.

Kelindan, Mohd. Izzat Izzudin, 25, berkata, lori yang dipandu rakannya terbabas lalu terbalik selepas dirempuh lori lain yang membawa muatan produk sejuk beku dari arah belakang.

“Ketika kejadian, kami dalam perjalanan membawa bekalan 2,500 papan telur anggaran 78,000 biji ke Kuala Terengganu dari Raub, Pahang.

“Pemilik syarikat izinkan telur ayam ini diberikan kepada orang ramai kerana banyak yang sudah rosak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd. Ariffin Othman, 66, berkata, dia dan anaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik melihat video kemalangan melibatkan lori telur ayam tersebut tular di media sosial.

“Saya hanya kutip (telur ayam) setelah mendapat tahu pemiliknya memberi keizinan. Sebahagian telur ayam ini saya akan agih-agihkan kepada jiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI