fbpx

Penembak KLIA tukar pengakuan bersalah tujuh pertuduhan termasuk kes senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Hafizul (tengah) selepas prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 39, menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api selepas lebih 10 bulan prosiding perbicaraan kes tersebut dijalankan.

Hafizul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan semula di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mahkamah menetapkan Selasa depan iaitu 25 Februari ini untuk fakta kes dan prosiding jatuh hukum.

Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman.

Hafizul sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk kes melibatkan senjata api di Mahkamah Sesyen di sini pada 24 April tahun lalu.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, Hafizul ditahan di Kota Bharu pada 15 April lalu selepas 36 jam diburu polis.

Terdahulu, lelaki itu telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) kira-kira pukul 1.20 pagi pada 14 April 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI