fbpx

Remaja diseksa majikan sebab curi coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail protes menentang buruh kanak-kanak.- Foto Getty Images

KARACHI – Sepasang suami isteri di timur laut Pakistan ditahan kerana disyaki membunuh seorang remaja berusia 13 tahun yang didakwa mencuri coklat, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Iqra bekerja dengan mereka sebagai pembantu rumah. 

Dia meninggal dunia di hospital akibat beberapa kecederaan, Rabu minggu lalu. 

Siasatan awal polis menyatakan bahawa gadis tersebut telah diseksa.

Kes di bandar raya Rawalpindi itu telah mencetuskan kemarahan meluas, manakala tanda pagar #JusticeforIqra telah mendapat puluhan ribu tontonan pengguna media social.

Ia turut mencetuskan semula perdebatan mengenai buruh kanak-kanak dan penganiayaan terhadap pembantu rumah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI