fbpx

Stor pusat boling terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah stor pusat boling di pusat beli-belah Seremban Prima dekat sini pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Sebuah stor pusat boling yang terletak di dalam sebuah pusat beli belah dekat sini musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 10.31 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.31 pagi dan tiba lokasi enam minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan stor di tingkat lima yang berkelusan 10×20 kaki persegi. Kejadian tersebut telah menyebabkan kebakaran 100 peratus stor tersebut dan pihak kami mengambil masa 30 minit untuk memadamkan kebakaran di pusat boling berkenaan.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian dan kerugian masih dalam penyiasatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga pekerja boling di pusat berkenaan, Meralezza Darwis berkata, premis tersebut ditutup sementara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 19 Januari lalu.

“Saya tergerak hati ke tempat kerja dan apabila sampai ke tingkat lima di ruangan lif saya terhidu bau hangit dan asap tebal di ruangan kaunter boling.

“Kemudian saya terus menghubungi pegawai bertugas di bangunan berkenaan dan memaklumkan hal berkaitan serta terus memecahkan kaca untuk tindakan awal serta menghubungi pihak bomba,” katanya.

Seramai 30 anggota terbabit termasuk melibatkan sukarelawan bomba dari Balai Bomba Seremban, Seremban 2 dan Jalan Pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI