fbpx

Perbincangan ambil semula aset TH dari USJB dimuktamadkan suku pertama 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka akan memuktamadkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MoF) mengenai pengambilan semula asetnya yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada suku pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, TH akan memastikan penyerahan semula aset lembaga itu daripada UJSB iaitu anak syarikat milik MoF dilakukan secara teratur, sekali gus tidak memberi implikasi ke atas kedudukan kewangan TH dan pendepositnya.

“Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, TH memulakan perbincangan bersama MoF dan UJSB dengan isu berbangkit adalah mengenai penebusan sukuk pada tahun ini dan kesan ke atas nilai aset milik UJSB.

“TH masih meneliti pilihan terbaik dalam perbincangan dengan MOF dan UJSB dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2025. Langkah ini bertujuan memberi manfaat kepada pendeposit dan TH,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta menteri mengulas perkembangan kenyataan dibuat Perdana Menteri pada September 2023 bahawa kerajaan akan menyerahkan semula aset TH yang diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) MoF kepada lembaga itu.

Terdahulu, Anwar memaklumkan keputusan penyerahan semula aset TH dibuat selepas MoF berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang berbangkit sebelum ini, selain prestasi kewangan lembaga itu yang terus memulih.

Mengenai pelaburan TH, Mohd. Na’im memaklumkan, lembaga itu sentiasa melihat kepada peluang pelaburan dalam sektor-sektor yang membantu untuk menjana pulangan mampan dan stabil.

“Kepentingan pendeposit akan sentiasa diambil kira dalam konteks pelaburan-pelaburan dan tindakan yang diambil oleh TH,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI