fbpx

Monyet pun dah pandai jaga lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR monyet menjadi ‘polis trafik’ di Nakhon Ratchasima. - Foto New York Post

BANGKOK – Seekor monyet liar menjadi ‘polis trafik’ selama sehari dalam kejadian lucu yang berlaku di Nakhon Ratchasima, Thailand, lapor akhbar New York Post semalam. 

Dalam satu rakaman video, monyet itu pada awalnya dilihat turun dari pokok di tepi sebatang jalan.

Ia kemudian berdiri sebelum menggunakan isyarat tangan untuk mengarahkan kenderaan bergerak di Taman Negara Khao Yai.

Beberapa buah kereta yang melalui jalan itu bergerak perlahan dan mengelak daripada melanggar haiwan tersebut. 

Video gelagat monyet itu menjadi tular dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Seorang netizen yang menontonnya menulis: “Lucu melihat seekor monyet yang mengarahkan manusia. Ia pasti telah mempelajari isyarat tangan daripada anggota polis trafik di kawasan itu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI