fbpx

Penunggang basikal patah kaki jatuh cerun bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil masa 15 minit membantu menyelamat mangsa yang terjatuh dari cerun bukit di Bayan Lepas hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

BALIK PULAU – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membantu menyelamatkan seorang pengayuh basikal yang terjatuh ke cerun bukit setinggi kira-kira enam meter berhampiran Lengkok Kelicap, Bayan Lepas di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abd. Aziz ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.06 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, pihaknya mendapati mangsa berada di laluan motosikal selepas terjatuh dari trek basikal di atas bukit berkenaan.

“Lelaki berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan patah kaki kanan dan calar pada beberapa bahagian badan.

“Tindakan anggota adalah membawa mangsa dengan pengusung dan dia diserahkan kepada pihak hospital yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulan untuk rawatan lanjut dan operasi menyelamat tamat pada pukul 11.01 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI