fbpx

Tetap sasar tiga pingat ACC tanpa Jijoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAH antara pelumba menjadi sandaran negara untuk merealisasikan sasaran tiga pingat pada ACC bermula 21 Februari ini.

TANPA penyertaan jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang, skuad berbasikal trek kebangsaan masih meletakkan sasaran tiga pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 berlangsung pada 21 hingga 27 Februari ini.

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, Harnizam Basri berkata, berdasarkan senarai atlet dipertaruhkan kali ini, beliau menganggap sasaran tiga pingat tanpa warna adalah realistik.

Ujarnya, tiga pingat tersebut dijangka hadir menerusi bintang berbasikal muda negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri dalam acara keirin wanita selain pecut berpasukan lelaki dan wanita.

“Sasaran realistik adalah tiga pingat tetapi tidak tahu warna apa. Dua pingat menerusi acara pecut berpasukan lelaki dan wanita serta keirin wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar ACC 2025 di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan yang disempurnakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill.

Pada edisi tahun lalu di New Delhi, India, skuad negara menampilkan aksi cukup baik apabila membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Izzah menjadi atlet paling menyerlah pada kejohanan tersebut apabila menyumbang kedua-dua pingat emas Malaysia menerusi acara ujian masa dan keirin.

Sementara itu, Amarjit optimis kehadiran penonton tidak terjejas meskipun tanpa kehadiran Azizulhasni yang tidak akan beraksi pada kejohanan berprestij Asia itu.

“Saya fikir penonton tetap akan datang kerana Azizulhasni sendiri minta penonton datang menerusi media sosial dan kemungkinan beliau pun datang berikan sokongan. Walaupun beliau tidak beraksi tetapi penonton akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI