fbpx

Pecat pengadil tidak patut dibanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FITRI Maskon (tiga dari kanan) menerima hukuman berat apabila dipecat FAM daripada semua tugasan pengadilan. - TFC

PEMECATAN pengadil tempatan, Fitri Maskon tidak wajar dianggap sebagai kejayaan boleh dibanggakan buat unit pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini masih mempunyai ‘hutang tertunggak’ untuk melahirkan lebih ramai pengadil berkualiti.

Bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Amir Sharifuddin Wong merasakan sudah tiba masanya FAM memberi lebih perhatian kepada pembangunan pengadil di peringkat akar umbi.

“Biasanya pengantungan atau tindakan tidak sampai kepada keputusan radikal seperti pemecatan. Tetapi kalau ikutkan juga pengadil ini pernah dikenakan penggantungan dan mungkin sebab itu kena pecat.

“Perkataan ‘pecat’ agak keras berbanding ‘direhatkan’. Ini seolah-olah tidak menghargai jasanya yang lalu.

“Pemecatan pengadil bukan satu kejayaan buat FAM kerana masih ada kerja perlu dilakukan selepas ini. Untuk melahirkan pengadil yang bagus, sudah pasti akan mengambil masa lama

“Memang FAM ada kuasa untuk pecat atau tidak tetapi mereka juga kena ambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kena lihat balik kepada gerak kerja FAM sendiri untuk tambah baik pengadil yang ada,” katanya.

Menerusi satu kenyataan kelmarin, Fitri Maskon menjadi ‘mangsa’ ketegasan pertama pucuk pimpinan baharu FAM apabila dipecat daripada semua tugasannya dan badan induk itu mahu ia dijadikan peringatan kepada pengadil lain supaya menjalankan tugas dengan lebih baik.

“Walaupun ia adalah satu amaran, saya yakin pengadil lain sentiasa berusaha meningkatkan prestasi tetapi sebagai manusia kesilapan tetap boleh berlaku.

“Pembangunan pengadil sekarang tidak sama dengan dahulu di mana FAM ada menyalurkan bajet kepada persatuan negeri untuk pembangunan pengadil.

“Aspek ini perlu dilihat semula oleh FAM untuk melahirkan pengadil berkualiti. Perlu ada dana disalurkan kepada negeri untuk pembangunan pengadil kerana saya rasa FAM tiada masalah, ada peruntukan daripada FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia),” kata Amir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI