fbpx

Lelaki maut motosikal langgar babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di Kilometer 59, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah awal pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

TAPAH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh babi hutan di Kilometer 59, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Naza dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Bidor.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar seekor babi hutan dan terbabas.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI