fbpx

Pelajar tahfiz wujudkan kluster Kampung Bombalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Pelajar Tahfiz Madrasah Sulaimanniyah di Bombalai, Kalabakan yang dikesan positif Covid-19 minggu lalu mewujudkan Kluster Kampung Bombalai seperti dilaporkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, seorang pelajar di madrasah terbabit dikesan positif wabak berkenaan melalui saringan bergejala pada 16 Januari lalu.

Ekoran itu, saringan kontak rapat dibuat ke atas pelajar lain dan tenaga pengajar menyebabkan jumlah kes positif bertambah kepada 16 kes setakat ini.

“Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Kampung Bombalai di Kalabakan.

“Ia melibatkan dua kes baharu yang dikesan daripada saringan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes.

“Kes indeks ialah pelajar Tahfiz Madrasah Sulaimanniyah di Bombalai yang disahkan positif pada 16 Januari 2021 melalui saringan bergejala,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI