fbpx

Larry King meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 25 November 2019 menunjukkan Larry King pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-86 di Hotel Crescent di Beverly Hills, California. Rodin - AFP

LOS ANGELES – Penemu ramah televisyen dan radio popular, Larry King dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun hari ini, menurut syarikat medianya.

Ora Media tidak mendedahkan punca kematian King tetapi beberapa laporan media menyatakan King terkena jangkitan Covid-19 sejak beberapa minggu lalu dan menghidap masalah kesihatan teruk sejak beberapa tahun lalu.

Anak lelakinya, Chance mengesahkan kematian King pagi ini.

King mengacarakan program bual bicara Larry King Live di saluran televisyen CNN selama lebih 25 tahun. – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN