fbpx

Pelakon Korea ditemui mati di rumah, polis teruskan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon terkenal Korea, Kim Sae-ron meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul semalam.

DITEMUI tidak bernyawa, kematian pelakon Korea Selatan, Kim Sae-ron yang meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul semalam masih mengundang spekulasi.

Mayat mendiang yang berusia 24 tahun itu ditemui rakannya pada pukul 4.50 petang.

Polis Seoul mengesahkan insiden tersebut dan mendedahkan siasatan awal menunjukkan tiada tanda rumahnya diceroboh.

Begitupun, pihak berkuasa tetap meneruskan siasatan lebih terperinsi sebelum mengesahkan sebarang perkembangan.

Sehingga kini pasukan perubatan juga belum mengeluarkan laporan berhubung punca kematiannya.

Terdahulu Kim memulakan kerjaya lakonan menerusi filem A Brand New Life pada tahun 2009 ketika berusia sembilan tahun.

Setahun kemudian beliau meraih populariti menerusi filem aksi The Man From Nowhere disusuli The Neighbor yang juga naskhah thriller pada 2012.

Drama bersiri di saluran Netflix Bloodhounds yang disiarkan pada 2023 pula merupakan penampilan terakhirnya di televisyen.

Sebelum itu sekitar Mei 2022, Kim terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kerosakan harta awam di Gangnam, Seoul.

Berikutan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, beliau dikenakan denda sebanyak 20 juta won atau RM70,000 pada April 2023.

Impak kesalahan dilakukan, kerjaya lakonannya dikatakan terhenti malah dirinya juga didakwa mula tidak kelihatan di mana-mana acara.

Pada April tahun lalu, dia cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian pada satu pementasan tetapi menarik diri bersama alasan mempunyai masalah kesihatan. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI