fbpx

Peluang Selangor akhiri badi 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLWAN (tengah) memainkan peranan penting meledak satu gol ketika menewaskan PDRM 3-2 pada final pertama Piala Cabaran kelmarin. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

PEMAIN Selangor FC diingatkan supaya menyediakan ‘jawapan’ kepada setiap ujian yang terpaksa diharungi musim ini termasuk dalam kempen Piala Cabaran.

Dalam aksi final pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin, Selangor yang terpaksa mengharungi tempoh 80 minit dengan 10 pemain selepas kapten, Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah seawal minit ke-10 berjaya menewaskan PDRM FC 3-2.

“Dalam bola sepak, jika pengadil berikan kad merah, tiada siapa yang boleh ubah. Jadi kami kena terima dan perlu beri reaksi balas kerana sejarah berikan kami ujian.

“Bagi saya ini adalah kemenangan bermakna kerana kami berjuang dengan 10 pemain dalam tempoh 80 minit.

“Kami kena ‘jawab’ semua ujian itu dan saya begitu yakin dengan semua orang dalam pasukan kami kerana jika tidak, ia bukan (boleh dipanggil) pasukan,” kata pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi.

Bintang import Selangor, Alvin Fortes menghasilkan dua gol diikuti satu daripada Ali Olwan, manakala dua jaringan PDRN diledak Shahrel Fikri Md. Fauzi serta Badrul Affendy.

Kinoshi juga mengakui keterujaannya beraksi final Piala Cabaran yang mana ia adalah peluang terbaik Selangor untuk menamatkan penantian 10 tahun menjulang trofi sejak menjuarai Piala Malaysia 2015.

“Untuk saya, ketika bersama pasukan kebangsaan Serbia, kami menentang Portugal yang ada ramai pemain hebat, namun kami menang. Itu pengalaman hebat buat saya dan perlawanan ini juga sama kerana ini adalah kerja kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI