fbpx

Lampard muak jawab isu nasib di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD hanya mahu memfokuskan prestasi pasukannya berbanding memikirkan mengenai nasibnya di Chelsea. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard berada dalam tekanan cukup tinggi menjelang pusingan keempat Piala FA menentang Luton Town di Stamford Bridge malam ini.

Legenda The Blues itu menunjukkan sikap berbeza berbanding sebelum ini pada sidang media apabila dilihat agresif menjawab pertanyaan daripada wartawan.

Katanya, beliau langsung tidak peduli dengan spekulasi berhubung masa depannya bersama Chelsea, sebaliknya Lampard hanya mahu fokus membantu pasukan itu kembali digeruni.

“Saya tidak kisah apa yang diperkatakan oleh orang di luar sana. Saya tahu apa yang bakal dihadapi apabila saya me­nerima tanggungjawab membimbing pasukan ini,” ujar Lampard.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea itu turut menegaskan, beliau sentiasa mencari ramuan terbaik bagi memastikan dua pemain baharu, Kai Havertz dan Timo Werner mula memberikan impak.

“Apa yang anda semua mahukan? Adakah untuk melihat pemain-pemain ini beraksi sama seperti Eden Hazard pada zaman kemuncaknya? Anda terlalu memaksa saya dengan soalan-soalan seperti ini.

“Bagaimanapun, kami sentiasa bekerja keras bagi memastikan mereka kembali menemui sentuhan. Saya tidak mahu bercakap mengenai musim depan kerana keadaan sekarang lebih penting,” tambah beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI