BRASILIA – Sepasang suami isteri di Brazil memecahkan Guinness World Records apabila usia perkahwinan mereka mencecah 84 tahun dan 77 hari, lapor agensi berita United Press International semalam.
Manoel Angelim Dino, 105, dan isterinya, Maria de Sousa Dino, 101, mencatatkan rekod dunia kategori pasangan suami isteri paling lama yang masih hidup.
Pasangan itu berkahwin di sebuah gereja di Boa Ventura, negeri Ceara pada 1940, lima tahun selepas berkenalan.
Mereka dikurniakan 13 anak dan kini mempunyai 55 cucu serta 54 cicit.
Gelaran perkahwinan paling lama pernah dicatatkan oleh David Jacob Hiller dan Sarah Davy Hiller iaitu selama 88 tahun dan 349 hari selepas mereka berkahwin di Kanada pada tahun 1809. – AGENSI