fbpx

Hamidin tak kesal tinggalkan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pucuk pimpinan FAM 'bertukar tangan' selepas Hamidin menyerahkan tugas selaku Presiden FAM kepada Joehari hari ini.

PETALING JAYA – Mantan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin akui tidak ralat meninggalkan badan induk berpengaruh itu kerana mahu membuka peluang kepada muka baharu mewarnai arena bola sepak tanah air.

Sebagai rekod, Hamidin membuat keputusan untuk bertanding pada Kongres Pemilihan FAM kali ke-61 sekali gus menyaksikan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dilantik secara rasmi sebagai presiden baharu selepas menang tanpa bertanding.

Kata Hamidin, perancangan untuk memberi peluang buat individu lain menerajui badan induk itu sudah lama dilakukan.

“Mungkin dengan adanya muka baharu akan ada idea-idea baharu untuk membawa FAM dan bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Saya tidak ralat sebaliknya dah lama buat keputusan ini. Selepas ini saya nak beri tumpuan kepada keluarga yang dalam saya tinggalkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut, Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA berazam untuk terus memberi sokongan kepada barisan kepimpinan baharu FAM nanti.

“Harapan saya selaku mantap presiden dah tentu saya nakkan bola sepak FAM ini terus maju.

“Sudah tentu akan banyak perkara-perkara baharu yang akan buat, dan saya akan menyokong daripada belakang supaya bola sepak ini walaupun sesiapapun agar bola sepak Malaysia terus naik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN